Sempena Cuti Raya Cina Feb. 2016 - sempat aku bawa isteri dan anak-anak ke Cameron Highland..
Laluan pergi melalui jalan tengah ..JB ...Segamat ...Gemas ... Bahau ...Temerloh .. Jerantut ..Kuala Lipis ..Cameron Highland.
Laluan pulang ..Cameron ...Tapah ...KL ...JB.
Laluan agak mencabar sekadar untuk melihat tempat-tempat yang belum di lalui sebelum ni..sambil lalui pengalaman baru buat diri dan anak-anak ..
Berikut beberapa gambar yang ku ambil sebelum sampai di Kuala Lipis.
Tiba di bandar Kuala Lipis , lebih kurang pukul 5.30 ptg.Berikut gambar-gambar di Kuala Lipis.
Pandangan dari Hotel penginapan di Kuala Lipis
Jeti Kuala Lipis di bandar Kuala Lipis.
Pada pagi Selasa , jam 9.00 bertolak ke arah Sg Koyan salah satu pekan kecil sebelum sampai ke Cameron Highland.
Laluan dari Sg Koyan hingga ke Ringlet jalan berbukit bukau , jalannya agak besar dan baik.Berikut gambar-gambar sepanjang perjalanan ke Ringlet , Cameron Highland.
Sebelum sampai di Ringlet terdapat satu projek empangan ..dalam pembinaan.
Sampailah di Ringlet ..mulalah nampak kebun-kebun sayur di perbukitan tinggi..
Meneruskan perjalanan hingga ke Tanah Rata...Sebelum sampai ke Tanah Rata singgah di Kebun Teh.Satu pemandangan yang belum aku lihat sebelum ni , kecuali tengok dalam buku teks dan sebagainya.
Daun teh dipotong dengan mesin pemotong..rugilah tak ambil gambarnya kan..
Sampai di Tanah Rata...
Salah satu yang ingin di lawati kebun strawberilah...
No comments:
Post a Comment